
BELEK, TURKI - Walaupun mereka mempunyai persamaan iaitu sebagai pengurus bola sepak, Guus Hiddink tidak sependapat dengan Dick Advocaat. Namun yang pasti, Advocaat "melepaskan" Hiddink yang akan ke London.
Kedua-duanya berasal dari Belanda. Mereka pernah melatih pasukan kebangsaan negara mereka & Korea Selatan, dan kini sama-sama di Rusia. Bezanya, Advocaat mengurus kelab Zenit St Petersburg manakala Hiddink membimbing pasukan kebangsaan Rusia. Walaubagaimanapun, mereka sering berbeza pendapat dalam banyak perkara.
Terakhir Advocaat mengkritik Hiddink kerana memanggil 6 pemain Zenit untuk mengikuti sesi latihan di Turki pada 8-11 Februari, walaupun Rusia tidak mempunyai sebarang perlawananan antarabangsa. Menurut Advocaat, hal ini mempengaruhi persiapan pasukannya menghadapi VfB Stuttgart pada Piala UEFA bulan ini.
Hiddink menangkis tanggapan tersebut. "Dia juga pernah menjadi pengurus kebangsaan. Dia semestinya tahu, situasi ini selalunya soal give and take. Anda tak boleh fikir diri sendiri. Anda harus berkompromi dengan orang lain dalam hal ini."
Hiddink malah hairan dengan keberatan Advocaat karena Belek, Turki tidaklah jauh dari sesi latihan beberapa kelab handalan Rusia termasuk Zenit sendiri. Dari satu tempat ke tempat yang lain paling lama hanyalah setengah jam.
Hiddink juga menceritakan perihal hubungannya dengan Advocaat. "Kami tidak semestinya berteman. Tapi betul, kami jarang berbual. Minggu lalu saya SMS kepada dia, menjelaskan hal ini dengan panjang lebar. Saya jarang berbual dengannya kerana dia tidak suka bercakap banyak di telefon."
Yang menariknya, Advocaat melihat sesi latihan pasukan Rusia pada hari terakhir di Belek. Dia menunggu Hiddink selesai dalam sesi tersebut, kemudiannya mereka berjabat tangan dan mesra di antara satu sama lain, disaksikan puluhan wartawan televisyen dan jurufoto.
"Tiada masalah lagi, kami boleh bersembang," kata Advocaat kepada Reuters. "Kami tetap memiliki beberapa perbezaan karena dia pentingkan pasukannya & saya mengurus kelab."
"Bukan masalah besar kalau dia mengambil 6 pemain saya untuk 3 hari. Tapi, semestinya, saya harus menjaga mereka di kelab."
Ketika ditanya apakah dia akan mendoakan kejayaan Hiddink yang baru dilantik sebagai pengurus Chelsea, Advocaat menjawab "Tak namun semoga penerbangannya ke London dalam keadaan yang menyenangkan," katanya lagi yang berusia 61 tahun itu.
*dipetik dari http://detiksport.com/sepakbola/

No comments:
Post a Comment