Anggota: Mus (vocal), Abu (gitar), Yus (bass), Man (drum)Sempena bulan Mei yg berbahagia ini, kita berkenalan dgn sebuah group lagenda Malaysia, siapa lagi kalau bkn May. May ditubuhkan pada 1986 di Perak... Ketika itu mrk tercari-cari vokalis yg sesuai tuk bersama group ini. Lalu Mus berjaya dlm sesi temuduga (cam intebiu plak he he...) & diterima terus ke dlm group ini. Nama May pula adalah singkatan dr anggota mrk masing2. Pd thn itu jg, May muncul Juara Rock negeri Perak serta mewakili Perak ke dlm Juara Rock peringkat kebangsaan (cam tilawah al-quran plak...). Namun, May hanya muncul tmpt kedua dlm pertandingan kebangsaan. Walau bagaimanapun, May berbangga krn Perak bkn kuasa utama rock di era 80-an (kuasa utama rock kebanyakannya dr Johor).
Sejak kejayaan itu, May bernaung di bwh label Warnada. Buat permulaan, May tampil dlm album kompilasi Juara2 Rock sblm muncul dgn album pertama, Dilema. Walau album pertama kurang menarik peminat namun May laris dlm setiap pertunjukan esp zmn2 funfair.
Nama May melonjak dgn album kedua, Hakikat. Jika dulu album May agak keras, namun album kedua menampilkan kepelbagaian lagu. Suara Mus yg sesuai bkn sj lagu keras maupun slow rock menjadikan album ini menarik. Lagu berhantu Sendiri muncul juara dlm pelbagai carta lagu, antaranya Lagu Popular Minggu Ini (radio) serta muncul juara bulan Julai (bkn Mei ok... x kuase gitu he he...) dlm Muzik2 1989. Namun ketika di mlm final Juara Lagu 1989, May gagal membuat persembahan terbaik spt biasa. Peminat2 mengharapkan May sekurang-kurangnya mendapat Persembahan Terbaik. Sebaliknya vokal Mus agak keras sedikit malah ketika di pertengahan lagu, berlaku kekeliruan mengenai sound (mungkin ada anggota lain dari Burnmarks menjadi pemain gitar undangan...). Slps berakhir Juara Lagu 1989, Mus berkata, dia x sihat menjadikan suaranya agak keras sedikit.
May kemudiannya berpecah & sjk itu vokalis sering bertukar ganti spt Yantzen & Oney. Namun May bersatu semula pd 2003 menerusi album Sinar. Kesemua anggota asal serta vokalis, Mus masih spt dulu, menampilkan persembahan yg bertenaga (malah lebih lagi...). Lagu Sinar pula terpilih ke final Juara Lagu 2003, namun tewas kpd Misha Omar (frust dowh... ingatkan May menang tp kalah gak...). Belajar dr kesilapan lalu, May muncul dgn persembahan terbaiknya (lepas geram kot...). Sjk kemunculan May di final Juara Lagu itu, nama May sentiasa harum sehingga sekarang. May masih laris spt dulu dlm setiap show.

No comments:
Post a Comment